Mengenai ADTEC

Pusat Latihan Teknologi Tekstil Termaju atau lebih dikenali sebagai ADTEC telah ditubuhkan sebagai Pusat Kecemerlangan Universiti dan telah diletakkan dibawah kelolaan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Dengan objektif penubuhan ADTEC iaitu menjadi salah sebuah pusat rujukan tekstil terkemuka dan sejajar dengan motto UTHM iaitu "Dengan Hikmah Kita Meneroka", ADTEC telah merangka langkah kerja seawal penubuhannya bagi memantapkan ilmu pengetahuan dari pelbagai aspek yang berkaitan sama ada diarena penyelidikan mahupun perundingan. Walaupun ADTEC belum mampu bergiat secara agresif dan mempunyai kepakaran yang diobjektifkan, namun sokongan daripada Fakulti dan Universiti telah memberi suntikan semangat kepada ADTEC untuk menuju kepada misi Pusat. 

Menuju kepada suatu kepakaran didalam suatu bidang adalah suatu perkara yang bukan mudah, ADTEC telah menyusun langkah melalui lapangan Penyelidikan dan Pembangunan (RND) yang menjurus kepada 3 bahagian berikut: 
  1.  Penyelidikan & Pembangunan berasaskan Teknologi Bahan (Material development) Contoh: Serat berasaskan bahan petroleum, Serat baru berasas bahan komposit, Serat biologi (bio-fibre), bahan pencelupan fabrik, dan lain-lain. 
  2. Penyelidikan & Pembangunan berasaskan Rekabentuk Produk Contoh: Produk keselematan, Produk automobil eroangkasa, Produk cenderhati, dan lain-lain 
  3. Penyelidikan Pembangunan berasaskan Proses Pengeluaran Contoh: Proses integrasi, Lean manufacturing, mengautomasi proses tekstil, kejuruteraan industri dan lain-lain. 
Secara amnya, ahli-ahli ADTEC adalah boleh dianggotai seluruh warga staf penyelidik, staf akademik mahupun staf sokongan UTHM. Namun secara khasnya, Fakulti telah memberi amanah mengelolai Pusat ini kepada seorang Ketua Pusat dan dibantu oleh beberapa staf yang aktif secara terus didalam melaksanakan aktiviti-aktivi ADTEC. Berikut adalah diantara ahli-ahli aktif didalam ADTEC:

Penaung
Prof. Dr. Sulaiman Haji Hasan (Dekan FKMP)
email: sulaiman@uthm.edu.my

Ketua Pusat
Prof. Ir. Dr. Saparudin Arrifin
email: sapar@uthm.edu.my

Ahli-ahli

1- En. Mohd Nazrul bin Roslan (Jurutera Pengajar)
    email: nazrul@uthm.edu.my
2- Pn. Siti Zaharah Kunci Mon (Pensyarah)
    email: zaharah@uthm.edu.my
3- Pn. Azrin Hani Abdul Rashid (Pensyarah)
    email: azrin@uthm.edu.my
4- Dr. Ahmad Mujahid Ahmad Zaidi (Pensyarah)
    email: mujahid@uthm.edu.my
5- Cik Siti Hana Nasir (Tutor)
    email: sitihana@uthm.edu.my
6- En. Mohd Yussni Hashim (Pesyarah)
    email: yusni@uthm.edu.my
7- En. Bachik bin Abu Bakar
   email: bachik@uthm.edu.my
8- En. Zakaria Jazuli (Juruteknik)
    email: zakkaria@uthm.edu.my