26 Jan 2010

Selamat Datang ke ADTEC FKMP

Pembaca yang dihormati,

Pusat Latihan Teknologi Tekstil Termaju (ADTEC) mengucapkan selamat datang kepada semua pembaca blog ini.

Blog pertama yang dibangunkan oleh ADTEC ini adalah berasaskan forum perbincangan serta perkongsian ilmu teknologi tekstil didalam lapangan akademik, penyelidikan, perundingan dan lain-lain.

Untuk pengetahuan anda, ADTEC adalah salah satu Pusat Kecemerlangan (CoE) yang diletakkan dibawah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Saparudin Ariffin, ADTEC telah meletakkan misi untuk menjadi sumber rujukan didalam pembangunan teknologi tekstil di Malaysia. Sehingga tahun 2009, ADTEC telah menjalankan pelbagai aktiviti yang berkaitan bagi memastikan landasan mencapai misi tidak tersasar.

Antara pencapaian yang boleh dibanggakan adalah melalui penyelidikan-penyelidikan bertaraf dunia dimana penyelidik ADTEC telah berjaya merangkul beberapa pingat diperingkat antarabangsa seperti di Brussels Innova'09 mendapat pingat emas, ITEX'09 memperoleh pingat perak dan beberapa pertandingan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa. 

Disamping itu, terdapat juga aktiviti-aktiviti yang berbentuk penghasilan produk, projek perundingan, kursus-kursus pendek, serta khidmat masyarakat. Pencapaian terkini ADTEC adalah melalui penganjuran Simposium Antarabangsa bertajuk "International Symposium on Current Advancement and Research in Textile & Packaging Technologi" pada disember 2009 yang lalu.

Dikesempatan ini, ADTEC ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada FKMP khasnya dan UTHM amnya dalam memberi kerjasama terhadap semua aktiviti yang kami jalankankan. 
Kami berharap, blog ini bukan sahaja digunakan untuk ahli ADTEC tetapi kepada semua yang berminat didalam mengikuti setiap aktiviti dan perniagaan yang kami jalankan.

Kami akan mengemaskini secara terperinci mengenai profil ADTEC, penyelidikan yang aktif, projek perundingan, industri-industri serta institusi akademik. alatan pengujuan termaju, dan aktiviti-aktiviti terdekat oleh kami. 
Kami memohon maaf seandainya blog ini masih banyak kekurangan dan kami akan perbaiki dari masa ke semasa. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa di blog ini. Semoga kita berjumpa lagi diruangan lain.

Sebarang komen serta penambahbaikan idea kami dahului dengan ucapan terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.